Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penagih Korek Mata, Kerat...

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dibunuh kejam apabila mayatnya...

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia sudah melebihi 93...

Hanez Suraya, Romie Kerjakan...

ALHAMDULILLAH, nampaknya semakin mencurah-curah rezeki Hanez Suraya dan suami, Romie setelah mereka selamat...

Had Pendapatan Garis Kemiskinan...

KUALA LUMPUR - Kajian semula terhadap had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional dibuat...

Indra Jadi Sandaran Devan Dalam Saingan Piala FA Esok

KOTA BAHARU – Pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin dijangka diturunkan ketua jurulatih Kelantan, K. Devan dalam aksi Piala FA menentang Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) FC, malam esok.

Selepas tidak diturunkan dalam dua perlawanan pertama Kelantan pada saingan Liga Super akibat penggantungan, pengalaman Indra Putra pasti ditagih Devan yang dijangka membuat rombakan dalam barisan pemainnya dengan menurunkan beberapa muka baru dalam pertemuan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu.

“Saya akan memberi peluang kepada dua atau tiga pemain untuk beraksi dalam perlawanan itu nanti termasuk Indra. Pengalamannya mampu membimbing pemain muda lain.

“Mungkin ada sedikit rombakan kerana ada beberapa pemain mengalami kecederaan ketika menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Liga Super Selasa lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Devan berkata beliau tidak akan memandang rendah keupayaan UKM FC walaupun pasukan itu hanya beraksi dalam saingan kelas tiga iaitu Liga FAM.

“Saya tetap mahu pemain memberi fokus sepenuhnya walaupun akan beraksi di gelanggang sendiri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori