Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Provokasi: IGP Arah Timb....

MELALUIƃā€šĆ‚Ā laman Twitter rasminya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Ketua...

7 Sahabat Didakwa Curi...

PETALING JAYA - Tujuh sahabat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Loque Jadi Pilihan Tulis...

BAGI mereka yang melalui zaman remaja sekitar era 90-an pasti mengenali Loque dan...

Ibu Tak Restu, Tak...

KUALA LUMPUR: "Syamsul, jangan jadi munafik!" Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof,...

Insentif Tambahan RM50 Kepada Pesawah Diberi Mulai 1 Mac

SABAK BERNAM – Insentif tambahan sebanyak RM50 akan mula diagihkan kepada pesawah di seluruh negara mulai 1 Mac ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tambahan tunai itu, yang diberikan kepada pesawah sebagai insentif input pengeluaran padi, dijangka melibatkan hasil keluaran lebih 2.8 juta metrik tan padi.

“Pembayaran ini sepatutnya diberikan kepada pesawah Mac ini, tetapi kita akan lihat untuk buat bayaran ‘backdated’ (undur tarikh) bagi musim penuaian kali ini bermula Januari lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar di perkarangan Wisma PPK Sungai Besar di sini, Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 mengumumkan bahawa kerajaan memperuntuk tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi bagi terus membela nasib para pesawah serta meningkatkan pengeluaran padi.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata petani kini menerima manfaat hasil daripada penyeragaman harga jualan padi yang lebih baik pada kadar RM1,200 per tan metrik selain menikmati subsidi harga padi RM300 bagi setiap metrik tan berbanding RM248 sebelum ini.


Mengenai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Sungai Besar yang beroperasi Oktober tahun lepas, Ahmad Shabery berkata inisiatif kerajaan itu memberi peluang kepada Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) meningkatkan pendapatan dengan menjual pelbagai produk agromakanan pada harga berpatutan.

Premis berkonsepkan pasar mini itu diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjual pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan iaitu inisiatif kerajaan seperti yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Agrobazaar Rakyat 1Malaysia merupakan platform pertumbuhan antara pengeluar dan pengguna yang mana pemasaran hasil keluaran petani, nelayan serta penternak dibuat tanpa menggunakan orang tengah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]z0p13JDUEqU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori