Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kawasan Kampung Kuala Koh...

GUA MUSANG - Kawasan Kampung Kuala Koh di sini diklasifikasikan sebagai Zon Merah...

Adib Tidak Ditarik Keluar...

SHAH ALAM - Pemeriksaan pada kecederaan yang dialami Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak...

TN50: Majlis Belia Selangor...

SAMBUTAN Hari Belia Negara 2017 Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan bermula 5,...

Jangan Bongkak Dan Ego...

MELAKA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar agar tidak...

Jabatan Hidupan Liar Nafi Sokong Larian Bertemakan Hidupan Liar

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah sama sekali tidak menyokong atau menjadi penganjur bersama larian yang dikatakan bertemakan hidupan liar anjuran sebuah syarikat tempatan di sini, kata pengarahnya William Baya.

“Bagi saya, larian ini bukanlah larian amal dan tiada sama sekali sebarang dana yang disalurkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi tujuan pemuliharaan daripada beberapa larian yang diadakan baru-baru ini, misalnya larian gajah, badak sumbu dan yang akan datang, larian beruang madu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baya berkata syarikat yang menganjurkan larian berkenaan bebas menggunakan spesies hidupan liar sebagai tema asalkan mereka tidak memberi tanggapan mengelirukan bahawa dana yang dikumpul daripada orang ramai sebenarnya membantu jabatan itu dalam melindungi hidupan liar.

“Saya sedar bahawa kebanyakan peserta yang berdaftar untuk larian ini, menyangkakan bahawa sebahagian besar daripada yuran disalurkan kembali kepada aktiviti pemuliharaan haiwan liar, yang sebenarnya tidak dilakukan,” katanya.

‘Larian Beruang Madu’ dijadual berlangsung di Tanjung Aru pada 28 Feb ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori