Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Semak, Bayar Kompaun Trafik...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan aplikasi mudah...

Heboh.. ‘Penampakan’ Susuk Misteri...

SEKEPING gambar yang memaparkan pertemuan antara pemimpin Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali...

Doa Netizen Untuk Lee...

KUALA LUMPUR - Bersatu di belakang  bekas wira badminton nombor satu dunia, para netizens hari...

Semua Kementerian Di Sabah...

KOTA KINABALU - Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah...

Jabatan Imigresen Buru Pendatang Asing Haram

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melakukan operasi memburu dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) pada setiap hari.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi secara berterusan itu bagi memastikan negara bebas warga asing yang berada di Malaysia secara tidak sah.

Justeru, beliau mengingatkan mana-mana pihak terutama golongan majikan yang melindungi PATI akan berhadapan tindakan tegas undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM diminta menyalurkan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sakib berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas PATI dan majikan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007.

Terdahulu, Sakib memaklumkan, Operasi Penguatkuasaan Imigresen secara serentak di seluruh negara semalam menyaksikan seramai 971 PATI ditahan untuk siasatan lanjut.


Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan bermula malam tadi dan berakhir pada pukul 10 pagi ini melibatkan seramai 2,182 individu diperiksa.

Kata beliau, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, penggunaan dokumen palsu, tinggal lebih masa dan pemegang kad Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) tidak diiktiraf.

“Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di depot tahanan untuk tindakan susulan,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]2NAaE6G8WMQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori