Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa Perlu Pantau...

MELAKA - Ibu bapa diingatkan supaya memantau penggunaan media sosial anak-anak bagi mengelakkan...

Acara Khas Turki Peringati...

ANKARA – Turki menyusun pelbagai acara bersempena ulang tahun pertama kegagalan cubaan mengguling...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan hubungan kerjasama dengan Institut Pengajian...

Permohonan LHDN Kes Cukai...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 17 April depan mendengar permohonan...

Jabatan Mufti Perlis Anjur Kursus Mencari Imam

KANGAR – Jabatan Mufti negeri Perlis membuka tawaran kepada mereka yang berminat menjadi imam masjid untuk mengikuti kursus di Akademi Imam 2016 di negeri ini, pada hujung minggu ketiga dan keempat bulan ini.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kursus itu bertujuan melahirkan sebanyak mungkin individu yang layak menjadi imam di masjid-masjid seluruh negeri.

Katanya, keutamaan akan diberi kepada mereka yang berkebolehan membaca al-Quran, mempunyai sahsiah yang baik, tidak memiliki sebarang masalah disiplin dan tidak merokok.

“Peserta perlu menghadiri dan mengikuti semua modul kursus sehingga akhir sebagai syarat layak mendapat sijil sebelum dipertimbang mengisi kekosongan jawatan imam di masjid-masjid yang perlukan penambahan imam,” katanya ketika ditemui di Masjid Alwi di sini.

Kursus anjuran Jabatan Mufti Negeri dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu akan berlangsung di Dewan Kuliah MAIPs di Behor Temak di sini selama empat hari melalui dua siri pemilihan, katanya.


“Siri pertama ialah pada 20 dan 21 Februari sementara siri kedua pada 27 dan 28 Februari yang mana pihak penganjur menetapkan sejumlah 100 peserta sahaja untuk kursus berkenaan dan sebanyak 60 orang telah mendaftar setakat ini,” katanya.

Mohd Asri berkata antara modul pengisian kursus ialah mengenai sifat solat Nabi Muhammad SAW, tahsin tilawah berkaitan bacaan al-Fatihah, ayat-ayat lazim dan tajwid disamping mengenal hukum-hakam khutbah, pengurusan jenazah, manhaj ahli sunnah wal-jamaah dan hifz al-Quran.

Pendaftaran boleh dibuat bagi pemohon berumur 16 tahun dan ke atas dengan menghubungi nombor 04-9794445 secepat mungkin dan akan ditutup sebaik bilangan peserta mencukupi, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori