Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jaga Keselamatan Elektrik Pada...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar sentiasa mengambil langkah...

Keputusan Pengundi Saman SPR...

MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan Isnin ini untuk membuat keputusan...

Mayat Wanita Di Cyberjaya:...

SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu,...

Lembu Import, Babi Eksport

SABAN tahun bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, naik muak mendengar...

Jambatan Di Pasir Gudang Runtuh, 500 Penduduk Terkandas

JOHOR BAHRU – Sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang merupakan laluan utama penduduk di Kampung Perigi Acheh dekat Pasir Gudang runtuh awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 500 penduduk terkandas.

Ketua Kampung, Saad Awang berkata jambatan berusia 16 tahun itu runtuh setelah air sungai naik mendadak daripada biasa serta terjadi arus deras pada kejadian pukul 2 pagi tadi.

“Jambatan ini memang sudah bengkok dalam tempoh masa lima hingga enam bulan kebelakangan ini dan kita telah membawa perkara ini kepada pihak berwajib termasuk Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

“Sepatutnya ia dalam proses pembaikan, namun kita tidak sangka jambatan ini runtuh lebih awal dari jangkaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian Isnin.

Beliau berkata runtuhnya jambatan itu menyebabkan kira-kira 500 penduduk kampung terputus laluan kerana jambatan yang merentasi Sungai Kopok itu merupakan satu-satunya laluan penduduk kampung.

Saad berkata buat masa sekarang pihaknya mencari cara bagi menyediakan laluan alternatif untuk penduduk kampung bagi menyeberangi sungai itu untuk ke kawasan bandar.

“Kita risau jika berlaku kes kecemasan seperti yang berlaku pagi tadi bila seorang bayi sesak nafas, kita terpaksa membawanya melalui jambatan ini dengan berjalan kaki sebelum menaiki kereta di seberang jambatan,” katanya.


Beliau berkata rata-rata penduduk terjejas dengan kejadian itu kerana pekerja kilang serta murid sekolah di Pasir Gudang dan kawasan sekitar perlu melintas jambatan itu.

Sementara itu Anggota Majlis MPPG Zon Tanjung Puteri, Syahrin Md Jamaluddin berkata MPPG sedang mencari kaedah untuk mendapatkan jambatan sementara.

“Petang ini jambatan tentera akan dipasang untuk kemudahan penduduk. MPPG akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk membaiki jambatan yang rosak itu,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan pengangkutan percuma turut disediakan bagi memudahkan perjalanan penduduk kampung yang terdiri daripada 200 keluarga keluar dari kawasan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Q73_RiEwol4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori