Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Permata Bantu Kurikulum ECEC...

HULHUMALE (Maldives) – Permata Negara akan bekerjasama dengan Fiyavathi Shelter bagi menyediakan Kurikulum...

Penjawat Awam Perlu Bekerjasama...

PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu bekerjasama berteraskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk...

Bantuan Khas Aidilfitri Peneroka...

KUALA LUMPUR - Selepas ditekan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya memutuskan untuk memberi Bantuan...

Baju Bodo Saloma Diberi...

SINTOK - Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk...

Jangan Guna Pakaian Ala Tentera Di ESSZone

TAWAU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengingatkan masyarakat di pantai timur Sabah supaya tidak memakai pakaian bercorak ala tentera bagi mengelak kekeliruan sehingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata tindakan memakai pakaian celorong-celoreng perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai tanggapan tidak baik masyarakat berhubung keadaan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Masyarakat perlu menyedari bahawa terdapat undang-undang yang melarang penggunaan pakaian bercorak ala tentera dalam sebarang bentuk malah anggota tentera pun mempunyai etika tertentu ketika mengenakan pakaian tersebut.

“Kita mahu masyarakat sedar mengenai perkara ini….kita mahu mengelak kejadian pencerobohan pengganas Sulu yang mana pengganas itu juga menggunakan pakaian corak tentera ketika menceroboh Tanduo, Lahad Datu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Media Tawau, di sini malam tadi.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Abdul Bari berkata, pengamal media berperanan besar membantu ESSCom menyedarkan masyarakat berkaitan peranan yang perlu dimainkan ke arah memastikan keadaan keselamatan di ESSZone terus terkawal.


“Oleh itu, pengamal media perlu sentiasa memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan menurut sumber yang sahih serta tidak menulis laporan yang berunsur sentimen (sehingga boleh) mengganggu gugat negara atau isu-isu yang bersifat spekulasi semata-mata.

“Media menjadi perantara paling cepat membantu ESSCom menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat bagi menjadi ‘mata dan telinga’ memberi maklumat serta bersama-sama pasukan keselamatan menjaga keamanan dan keharmonian,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SJn33eyAkaQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori