Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Berbilion Ringgit Dijimatkan Menerusi...

PUTRAJAYA - Malaysia berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di...

Anggota Bomba Sukarela Selamat...

KUCHING - Seorang pekerja syarikat SESCo Berhad yang terjatuh ke dalam sungai di...

Kebocoran Minyak Bukan Disebabkan...

KUALA LUMPUR - Kebocoran minyak di ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 Lapangan...

Menyamar Wanita Curi Beg...

SUBANG JAYA - Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri...

JDT Berpesta Gol, Benam Ayeyawady United 8-1

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran awal mahu mempertahankan kejuaraan Piala AFC apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini Rabu malam.

Kapten pasukan Safiq Rahim membuka tirai jaringan seawal minit kelima dan menceriakan seramai 11,560 penyokong tegar yang membanjiri stadium itu sejak pukul 5 petang tadi.

Namun kelab dari Myanmar itu tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi rembatan padu pemain tengahnya, Thiha Zaw.

Bagaimanapun, JDT kembali mendapat rentak dan tidak mengambil masa lama menambah gol kedua dan ketiga pada minit ke-13 dan 31 menerusi pemain importnya, Jorge Rolando Pereyra Diaz dan Marcos Antonio.

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Mario Gomez itu terus mengasak gawang lawan dan berhasil menambahkan jaringan pada minit ke-49 setelah Safiq berjaya menyempurnakan hantaran daripada Diaz untuk kedudukan 4-1.

Kedudukan itu tampak memberi kesan kepada pasukan pelawat apabila rentak permainan mereka mula goyah.


Tekanan juga semakin terasa apabila Ayeyawady dikejutkan lagi dengan gol kelima dan keenam tuan rumah sumbangan Safiq yang melengkapkan hatriknya dan Juan Lucero, masing-masing pada minit ke-63 dan 82.

Sebelum perlawanan berakhir, Lucero dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak sempat menghadiahkan dua lagi gol pada minit ke-87 dan 89, sekali gus menceriakan penyokong mereka.

JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore, pada 9 Mac ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Kt-jpYqFgJg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori