Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rompak Berkumpulan & Menyamar...

KUALA LUMPUR – Dua sahabat hari ini masing-masing dihukum penjara empat tahun dan...

Scha Bimbang Anak Terdedah...

PELAKON Scha Al-Yahya mengakui berasa bimbang mengenai keselamatan anaknya, Lara Alana kerana kehidupan...

Ulat Parkir KL ‘Naik...

KUALA LUMPUR - Bayar atau cermin kereta pecah! Itu ugutan 'ulat parkir' yang...

RM137j Nanti Pemenang Ratu...

RIYADH - Lebih 300,000 unta akan menyertai pertandingan merebut gelaran unta paling cantik...

JDT Kalahkan Selangor, Pertahan Piala Sultan Ahmad Shah

JOHOR BAHRU – Juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan Selangor 7-6 menerusi sepakan penalti di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini Sabtu malam.

Perlawanan terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar, keputusan yang diambil kira untuk saingan Liga Super yang bermula hari ini.

Skuad kendalian Mario Gomez itu memastikan gelaran tersebut menerusi sepakan yang disempurnakan Safiq Rahim, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Hariss Harun, Mohd Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan S. Kunanlan.

Pertahanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham mengecewakan pasukannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir.

Perlawanan babak pertama agak hambar untuk kira-kira 25,000 penonton yang hadir dengan kedua-dua pasukan sukar memecah kebuntuan jaringan sebelum Hariss menghasilkan gol pertama perlawanan untuk tuan rumah sejurus sebelum wisel rehat hasil sepakan sudut ketua pasukan, Safiq.


Pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi Mohd Hafiz Kamal dan kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan membawa pulang Piala Sultan Ahmad Shah yang disampaikan Timbalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mokhtar Ahmad. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9Zu7a_JcWNY[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori