Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pas Mahu Pakar Islam...

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mencadangkan agar pakar kewangan dan...

Mentimun Hidupnya Akur Dan...

Memang terdapat sedikit 'kepelikan' dalam hasil siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap Pesuruhjaya...

Hina Islam Dengan Najis...

Aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, bertindak sangat biadap semata-mata bagi...

Honda Malaysia Lancar Pusat...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia membuka Pusat 3S baharu di Bandar Botanic Klang,...

Jenazah Bekas KSU KDN Selamat Dikebumikan

SHAH ALAM – Jenazah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff yang meninggal dunia akibat sakit tua semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, kira-kira 11.30 pagi Khamis.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Al Ikhwan, Taman Sandaran, Puncak Perdana, Seksyen U10 di sini, sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan pada pukul 11 pagi.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan Allahyarham hadir pada upacara pengebumian itu termasuk pegawai-pegawai daripada Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia.

Mohamad Khalid meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Seksyen U10, kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Hasmah Abu, empat anak dan seorang cucu.


Mohamad Khalid dilantik menjadi KSU di KDN berkuat kuasa 1 Jan 2014 dan bersara selepas setahun memegang jawatan berkenaan.

Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Dis 1981. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori