Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Menghadap Yang...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima...

TMJ Beritahu Sidang Dunia...

KUALA LUMPUR - "Hak penyiaran televisyen (perlawanan Liga Malaysia) adalah satu masalah besar...

Mourinho Tabik Chelsea Layak...

GELSENKIRCHEN - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho tabik anak didiknya yang beraksi cemerlang ketika...

Lebih 100,000 Anjing Di...

KUCHING - Sejak kawasan pertama terjejas wabak rabies diwartakan di Serian, kira-kira 110,000...

Jenazah Wira Negara Selamat Dikebumi Di Tanah Perkuburan RAMD

PORT DICKSON – Jenazah wira negara, Kapten Datuk (B) Hamid Awang, 68, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini petang ini.

Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Khalid Al-Walid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang turut disertai Panglima Tentera Laut Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Jenazah kemudian dibawa menaiki van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM)diiringi kaum keluarga kira-kira pukul 3 petang dan tiba di Tanah Perkuburan RAMD pada 5.15 petang.

Upacara pengebumian dihadiri anggota keluarga, rakan dan saudara mara Allahyarham serta kira-kira 150 pegawai dan anggota tentera.

Allahyarham disemadikan di situ sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkannya.

Allahyarham yang pernah bertempur menentang komunis di Sarawak ketika mempertahankan tanah air pada 1973, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju pada pukul 10.50 pagi ini akibat kegagalan buah pinggang selepas dimasukkan di situ Isnin lepas.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Salbiah Mohamad Esa dan dua anak, masing-masing satu lelaki dan perempuan.


Atas jasanya, Allahyarham pernah menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa ketika berusia 26 tahun yang dikurniakan sebagai tanda menghargai keberanian dan kegagahannya mengetuai kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota memburu pengganas komunis di Bahagian Pertama Sarawak.

Pasukan itu telah menemui satu perkhemahan musuh yang kekuatannya tidak diketahui dan dengan tiga anggota sahaja, Allahyarham menyerbu perkhemahan berkenaan setelah membuat kepungan.

Ketika itu, Allahyarham yang berasal dari Terengganu bertugas dengan Rejimen Kedua RAMD sebelum bersara daripada ATM pada 1975.

Pingat yang diperolehnya itu adalah anugerah tertinggi dalam darjah perkasa dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan.

Bintang kehormat itu dikurniakan kepada mereka yang menunjukkan keberanian luar biasa dan disertai dengan elaun.

Menurut laman web bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, sehingga kini hanya 24 individu telah dikurniakan pingat itu sejak 1963. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori