Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Serah Kelantan Kepada PAS...

PASIR MAS - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan...

Tolak Tepi Isu Cinta,...

PELAKON jelita, Nur Fazura mengakui bahawa buat masa ini dia tidak berfikir soal...

SPRM Siasat Dakwaan Pegawainya...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap...

“Ingat, Lee Kuan Yew...

MARANG - Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Ahli...

Jerebu Kembali Menyelubungi Miri

MIRI – Seperti diramalkan, jerebu kembali menyelubungi Bandaraya Miri berikutan kebakaran 80 hektar belukar berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram sejak dua hari lepas.

Semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) (apims.doe.gov.my) menunjukkan bacaan IPU di institut berkenaan setakat 1 tengah hari ini adalah 299 iaitu paras tidak sihat manakala Miri pula mencatatkan paras sihat 42.

Bagaimanapun, meskipun IPU di Miri mencatat paras sihat, namun bau asap akibat kebakaran belukar itu boleh dirasai di pusat bandar raya ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata pada masa ini kebakaran belukar masih dapat dikawal, bagaimanapun, angin kencang memberi cabaran besar kepada mereka.


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori