Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Hormati Ketua Polis Negara...

PUTRAJAYA - Ekoran ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid...

Malaysia Airlines Diizin Tambah...

Malaysia Airlines mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk mengendalikan...

Pembangkang Cap Ayam

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) melabelkan kerajaan sedia ada sebagai kerajaan...

Transgender: Tidak Guna Menang...

Pandangan: Ustaz Fathul Bari Mat JahyaAllah laknat Transgender.Banyak amaran Allah dan Rasul ke...

JPJ Saran Jangan Beli Kereta Mewah Berharga Rendah

KUALA TERENGGANU – Kereta yang didapati diklon akan disita sementara pemiliknya boleh didenda sehingga maksimum RM20,000, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.

Beliau berkata sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 22 buah kereta klon yang bernilai lebih RM1 Juta telah dikesan di negeri ini.

“Misalnya kereta jenis Honda Odyssey yang harga pasarannya melebihi RM100,000 didapati hanya dijual serendah harga RM10,000 hingga RM12,000 seunit.

“Ia menyebabkan orang ramai mudah tertarik untuk memilikinya selain sindiket turut agresif membuat promosi dengan membuat panggilan kepada golongan sasaran mereka dan menerusi laman sosial,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lazimnya kereta klon tidak mempuyai cukai jalan serta nombor pendaftaran yang sah namun sindiket akan mengeluarkan nombor pendaftaran seperti didaftarkan dalam negara bagi menyakinkan pembeli.


Abdul Rahman Emang berkata trend penjualan kereta mewah yang diklon meningkat sejak dua tiga tahun ini dengan sejak tahun 2014 sehingga kini, sebanyak 254 buah kereta klon pelbagai jenama telah dikesan di negeri ini.

Antara yang dirampas termasuk Mini Cooper, Subaru Impreza, Honda Jazz, Honda City, Honda Odyssey dan Toyota Wish. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5iE4YWKFXDE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori