MELAKA – Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak banyak berubah pada tengah hari iaitu seramai 183 orang daripada 44 keluarga berbanding 189 orang daripada 47 keluarga pagi tadi.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa berada di dua pusat pemindahan di Alor Gajah.
“Daripada jumlah itu, 157 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam manakala 26 orang lagi di Balai Raya Bukit Balai, Durian Tunggal,” katanya. -BERNAMA
[wpdevart_youtube]peW5m1o0cks[/wpdevart_youtube]