Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nautical Aliya Dibenar Berlabuh...

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA - Selepas diarahkan berlabuh di perairan Cox's Bazar,...

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris...

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi kurang 20 saat memaparkan detik cemas...

6 Anggota Parlimen Malaysia...

PUTRAJAYA - Enam anggota Parlimen Malaysia akan berlepas ke Eropah untuk melobi anggota...

Bagaimana Suami Ini Melembutkan...

BERIKUT adalah luahan dan nasihat pada Rafie Ramli dan Felinna Nadea yang juga merupakan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kekal 5,218 Orang

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sarawak kekal 5,218 orang tengah hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata beberapa buah pusat pemindahan juga akan ditutup.

“Untuk tengah hari ini, jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berjumlah 5,218 orang daripada 1,417 keluarga sama seperti laporan 8 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jumlah pusat pemindahan di daerah Kuching kekal dengan 20, manakala di daerah Bau dan Serian juga kekal dengan masing-masing membuka empat pusat pemindahan.


“Bagaimanapun, ada beberapa pusat pemindahan yang dibuka sudah tidak aktif (tiada mangsa). Sekretariat pengurusan bencana negeri Sarawak akan membuat pengumuman mengenai pusat-pusat yang akan ditutup,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]W2mPj2f8Qo0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori