Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Muslim Spiderman’ Panjat Bangunan...

HEBAT... Seorang Muslim diangkat sebagai hero Paris dengan jolokan ‘Muslim Spiderman’ apabila bertindak...

“Rusia Beli Iklan Promosi...

WASHINGTON - Facebook Inc. berkata, sebahagian iklan yang dibeli Rusia pada tahun lalu...

VIDEO: Hebat.. Nenek Tunjuk...

KEBIASAANNYA orang ramai akan memberi perhatian kepada kehebatan persembahan individu di tepi jalan...

‘Kuasa’ Satu Undi Boleh...

KUALA LUMPUR – Bahang pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan pada 9...

Kanak-Kanak Alami Penyakit Seperti Benjamin Button

Dua beradik di India telah mengalami penyakit yang jarang ditemui, menjadikan mereka kelihatan tua, sama seperti lakonan Brad Pitt dalam filem Benjamin Button.

Keshav Kumar, 18 bulan dan kakaknya, Anjali Kumari, tujuh tahun, mengalami kulit yang kedut, muka bengkak dan sakit sendi.

Keadaan itu menyebabkan mereka diejek oleh orang lain ketika berada di luar rumah terutama di sekolah.

“Saya tahu saya berbeza dengan budak-budak lain di sekolah. Badan saya berbeza. Orang selalu merenung saya dan mengata yang bukan-bukan.

“Budak-budak di sekolah juga memanggil saya orang tua, nenek atau monyet dan ia menyakitkan hati. Saya mahu dilayan seperti budak lain dan diterima di sekolah,’’ kata Anjali.

Dia juga mahu kelihatan cantik seperti kakaknya.


Kedua beradik itu mengalami Progeris, di mana doktor memberitahu penyakit itu tidak mempunyai penawar.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap penyakit itu, iaitu satu dalam setiap empat juta kelahiran tidak mempunyai umur yang panjang. Kebanyakan tidak akan hidup melebihi usia 13 tahun.

Dua beradik itu menetap bersama ibu bapa mereka, Shatrughan Rajak, 40, ibunya, Rinki Devi, 35, di Ranchi, Jharkhand. Manakala kakak sulongnya, Shilpi, 11, tidak menghidap penyakit berkenaan.

Menurut Shatrughan, penduduk di kampung itu menggelar anaknya orang tua, menyebabkan dia berasa sangat sedih.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori