Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kren Tumbang: Arab Saudi...

BALING - Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan tarikh pembayaran pampasan untuk mangsa...

Mahathir Tiba Untuk Lawatan...

KUCHING - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pagi ini untuk menghadiri...

AirAsia, FireFly Sindir Malindo...

GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses...

Sekolah Yang Rosak Akibat...

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengenal pasti 10 buah sekolah...

Kastam KLIA Rampas 3.11 Kg Kokain Dalam Tin Coklat

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 3.11 kilogram dadah jenis kokain bernilai RM622,000 ke negara ini yang dibungkus menyerupai coklat, Ahad lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata seorang wanita warga Afrika Selatan berumur 28 tahun yang tiba melalui penerbangan dari Dubai turut ditahan berkaitan kes berkenaan.

Wanita yang dipercayai keldai dadah itu ditahan ketika sedang menunggu penerbangan seterusnya ke Kota Baharu, katanya.

Chik Omar pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini hari ini berkata bungkusan kokain berkenaan diletakkan dalam tin coklat dan ditempatkan dalam bagasi kabin yang dibawa suspek.

“Ketika diimbas ia menunjukkan imej yang mencurigakan,” katanya, sambil menambah hasil pemeriksaan ke atas bagasi berkenaan menemui 166 butir bungkusan kokain yang setiap satunya seberat 15 gram dan dibungkus menyerupai butiran coklat.

Chik Omar berkata bagasi tersebut memuatkan sembilan tin coklat di mana lima tin berisi coklat sebenar diletakkan di bahagian atas bagasi manakala empat tin coklat berisi kokain yang dibungkus menyerupai coklat disembunyikan di bahagian bawah bagasi.

Chik Omar berkata siasatan mendapati suspek, yang tidak bekerja, datang kali pertama ke Malaysia.


“Suspek mendakwa dia ingin ke Kota Baharu untuk melancong namun JKDM percaya dadah berkenaan dibawa untuk diserahkan kepada sindiket tempatan untuk diedar,” katanya.

Wanita berkenaan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Penahanan dan rampasan berkenaan adalah hasil risikan, pemantauan dan perkongsian maklumat secara kerjasama dengan pihak berkuasa negara lain,” katanya.

Chik Omar berkata sepanjang tahun lepas, JKDM KLIA menahan 20 individu berkaitan kes dadah dengan jumlah keseluruhan dadah seberat 120.471 kg dengan nilai RM22.3 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori