Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Lemas Ketika Mandi...

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui mati lemas ketika...

Penyanyi Lagu Ahmad Tertipu...

Malang sungguh nasib yang menimpa penyanyi bernama Salwa Razak ini .Dia yang pernah popular...

Tip Jimat Elektrik Semasa...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkongsi beberapa tip bagi menjimatkan penggunaan...

Henti Guna Dolar AS...

KUALA LUMPUR - MIC hari ini mencadangkan agar dunia Islam berhenti daripada menggunakan...

Kedah Catat Peningkatan 9% Kes Demam Denggi Bulan Lepas

ALOR SETAR – Kedah mencatat peningkatan sembilan peratus iaitu 109 kes bagi tempoh 1 hingga 30 Jan tahun ini berbanding 100 kes yang direkodkan untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata tiga daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh sama tahun lepas ialah Baling (29 kes berbanding lima), Kuala Muda (42 kes berbanding 15) dan Pendang sebanyak dua kes.

“Beberapa daerah pula menunjukkan penurunan kes iaitu Kulim, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Yan dan Sik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dr Norhizan berkata bagaimanapun setakat ini, tiada kes kematian akibat demam denggi dilaporkan.


Beliau berkata bagi tempoh itu, pihaknya juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 26,975 premis dan 16,178 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik.

“Jabatan ini juga mengeluarkan 223 kompaun dengan nilai RM111,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori