Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Tuduh Kamarul...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Pengarah Institut Kajian Politik...

Jayakumar Nafi Kerajaan Pusat...

PUTRAJAYA – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengetepikan laporan media asing...

Tiada Tanda Pesawat Terhempas...

Kota Bharu - Tiada sebarang tanda mahupun serpihan pesawat yang didakwa terhempas di...

Jawi Sudah Mula Siasat...

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera...

Kelantan Perlu Tingkat Prestasi, Sefahaman Hadapi Saingan Liga

KOTA BAHARU – Kekalahan pada perlawanan pramusim Liga Malaysia memberi isyarat kepada pemain Kelantan untuk meningkatkan prestasi bagi menghadapi saingan dalam liga itu yang akan bermula 13 Februari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata kekalahan dalam perlawanan persahabatan adalah sesuatu yang positif untuk pasukan itu memperbaiki sebarang kelemahan.

“Perlawanan malam ini (malam tadi) ialah kekalahan pertama pasukan selepas kita melakukan empat, lima perlawanan persahabatan sebelum ini, hal ini bermakna ianya isyarat besar kepada pasukan bahawa kita boleh ditewaskan sekiranya kita bermain di bawah kemampuan kita.

Sekiranya kita menang kesemua perlawanan pramusim, ia juga memberikan kerisauan kepada kita yang berkemungkinan akan menurunkan kualiti permainan pada saingan sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Pada perlawanan malam tadi Kelantan tewas kepada Kuala Lumpur 0-2.

Annuar berkata Kelantan perlu bekerja keras bagi membentuk persefahaman pemain untuk menunjukkan kualiti permainan yang sebenar.

“Perkara itu kita serahkan sepenuhnya kepada ketua jurulatih, K. Devan, dia perlu bekerja keras membentuk persefahaman pemain import dan pemain tempatan,” katanya.


Beliau berkata Kelantan perlu memperolehi mata penuh dalam lima perlawanan awal pada saingan Piala Malaysia kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi masalah kepada pasukan mengharungi liga itu.

Katanya secara keseluruhan prestasi pemain dalam kesemua perlawanan pra- musim adalah kurang memuaskan termasuk dari aspek kecergasan, persefahaman dan kerja pasukan.

Mengulas kritikan penyokong terhadap prestasi kurang memberangsangkan pemain import baharu, Annuar berkata penilaian sebenar pemain tidak boleh dibuat hanya berdasarkan satu atau dua perlawanan sahaja.

“Mereka belum mendapat suasana dan corak permainan di sini, setiap daripada mereka datang daripada latar belakang berlainan, pemain dari Brazil tidak sama dengan corak permainan dengan pemain Malaysia atau pun Asia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori