Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelajar Cemerlang UPSR 2014...

KUALA NERUS - Sejumlah 2,628 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun...

Skuad ‘Harimau Malaysia’ Atau...

KUALA LUMPUR - Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat berkaitan kerajaan, Prasarana...

Pekerja Kedai Serbaneka Dipenjara,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri beberapa barangan termasuk pakaian dalam di sebuah pasar...

Kenyataan Abbott Lukakan Hati...

SHAH ALAM - Kenyataan bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang mengaitkan kehilangan...

Kelantan Tumpu Jentera Serangan Dan Tengah

KOTA BHARU – Kelantan yang nyaris tewas kepada T-Team dalam perlawanan persahabatan malam tadi, perlu meningkatkan lagi persefahaman jentera tengah dan serangan untuk menghadapi Liga Super.

Ketua Jurulatih Kelantan K.Devan berkata pemain pada kedua-dua posisi itu perlu mencari jalan untuk meningkatkan persefahaman mereka, selain memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.

“Saya yakin pemain barisan hadapan dapat membentuk persefahaman dalam masa yang singkat ini, saya masih berdepan masalah untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain berusaha keras dan mempamerkan corak permainan berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Kelantan yang kini popular dengan gelaran Pamoga Qu Puteh The Red Warriors berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 menerusi Dramane Traore, selepas T-Team mendahului perlawanan menerusi Timislav Busic pada minit ke-63.

Kelantan akan membuka tirai perlawanan Liga Super dengan menentang Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, 13 Feb ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori