Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dibakar Atau bara Bawah...

SHAH ALAM : Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api di bawah timbunan...

Enakmen Sumber Air Negeri...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula Enakmen Sumber Air Negeri Melaka...

Ronaldo Dapat But Baharu...

MADRID - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo diumumkan menerima but baharu dengan memakai edisi...

3 Syarikat Didakwa Catut...

MELAKA - Tiga syarikat pengeluar telur ayam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini...

Kemalangan Jalan Raya Di Sarawak Naik 6.9% Tahun Lepas

KUCHING – Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak mencatat peningkatan sebanyak 6.9 peratus tahun lepas, daripada 17,857 kes pada 2014 kepada 19,098 pada 2015.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata statistik juga menunjukkan 433 nyawa dilaporkan terkorban akibat kemalangan jalan raya di Sarawak sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata angka itu menunjukkan secara purata setiap hari sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat peringkat negeri sempena sambutan Tahun Baru Cina di Tebingan Sungai Sarawak di sini hari ini, beliau berkata operasi itu bukan hanya berkisar kepada komitmen polis mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

Sebaliknya, beliau berkata ia juga merujuk kepada usaha mengurangkan kadar jenayah secara keseluruhannya, seperti kes pecah rumah.


Abdul Aziz seterusnya menasihatkan orang ramai menjaga keselamatan, bukan hanya membabitkan perjalanan semasa pulang bercuti, namun persiapan rapi dalam mengawasi dan menjaga harta benda mereka yang ditinggalkan ketika bercuti.

Op Selamat 8/2016 peringkat nasional dilancarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Selangor pada 29 Jan lepas, dan ia bermula sejak semalam sehingga 16 Feb. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori