Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Perlu Bantuan Pasca...

KUALA LUMPUR - Dianggarkan lebih RM900 juta diperlukan untuk bantuan banjir di Kelantan...

Nasib Baik Ibrahimovic Tak...

KUALA LUMPUR - "Saya jujur dan bukan seorang hipokrit. Saya tidak masuk masjid...

Video: Rawang Julung Kali...

HUJAN lebat sejak jam 10 pagi tadi mengakibatkan beberapa lokasi di sekitar Rawang,...

MBJB Benar Guna Dewan...

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membenarkan dewan, premis atau mana-mana kemudahan...

Kemenangan Selangor Bangkit Semangat Juang Ke Piala AFC

SEREMBAN – Kejayaan pasukan Selangor menundukkan Air Asia All-Star FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Jumaat malam mampu membangkitkan semangat juang pasukan untuk bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata pasukannya yang diberi tentangan sengit oleh pasukan Air Asia All-Star FC memberi isyarat kepada pasukan itu untuk memperkemaskan lagi taktik dan tidak mudah alpa.

“Meskipun pada separuh masa pertama kita mendapat beberapa peluang keemasan, namun ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sudah pasti kita mahukan kemenangan dan kemenangan kita malam ini juga sebagai penaik semangat untuk menghadapi Piala AFC pada Selasa.

“Bagaimanapun saya tidak nafikan Air Asia All-Star FC telah memberi cabaran yang hebat kepada kita,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada Selasa depan, Selangor akan berdepan pasukan Filipina Ceres La Salle FC di Manila bagi Piala AFC.

Mengulas kecederaan yang dialami beberapa pemain The Red Giants sebelum ini, Zainal berkata pihaknya tidak risau memandangkan mereka yang cedera telah menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan mampu bermain di Piala AFC.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranum yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu berkata pasukan yang diberi jolokan sebagai The Red Jets itu telah mempamerkan aksi yang cukup baik pada separuh masa pertama namun kehilangan fokus pada separuh masa kedua.

“Mereka bermain dengan baik dan kental selain mampu memberi cabaran sengit kepada Selangor. Ramai yang menjangkakan kita akan kalah teruk namun kita masih mampu memberi saingan.

“Separuh masa pertama kita telah bermain dengan cukup baik mengawal asakan Selangor, cuma di separuh masa kedua kita kehilangan fokus. Gol kedua Selangor adalah hasil kesilapan sendiri,” katanya.

Dua gol Selangor dijaringkan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-68 dan Abdul Hadi Yahya, selang lapan minit kemudian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori