Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kagum! Wanita Ini Buat...

DALAM era kos sara hidup semakin meningkat, memang ada kalanya menyebabkan segelintir individu...

Daya Ingatan LGE Pudar...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Liang Teck Meng...

Cerewet Punca Amira Othman...

RASANYA sudah lama tidak dengar lagu baharu daripada Amira Othman kan? Sejak kebelakangan...

Pengeluaran Mempelam Harum Manis...

KOTA BAHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan pengeluaran mempelam harum manis...

Kerajaan DAP Pulau Pinang Hapuskan Warisan Negeri

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana terus menerus menghapuskan tapak warisan di negeri itu dengan alasan pembangunan.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, terbaru bangunan sampingan dalam kawasan hartanah Runnymede dirobohkan sedangkan permohonan kebenaran merancang untuk projek pangsapuri dan hotel di kawasan itu telah dibatalkan pada 24 November 2015.

“Kami tidak pasti sama ada pemaju telah mengemukakan semula permohonan dan kemudiannya diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang memandangkan tidak terdapat kemas kini di dalam laman sesawang.

“Adakah ini bermakna pihak pemaju kini dibenarkan untuk meneruskan dengan semua pembangunan ini. Apakah yang telah berlaku kepada garis panduan yang mengehadkan ketinggian bangunan di kawasan tapak warisan. Apakah daya tampung kawasan ini. Apakah justifikasi untuk tambahan bangunan komersial dan Apakah pengurusan trafik di kawasan yang sesak?” katannya dalam satu kenyataan media hari ini.


S.M. Mohamed berkata, Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia Georgetown menyatakan kawalan ketinggian adalah langkah yang sewajarnya untuk memastikan kepentingan melindungi vista, seni bandar dan wajah jalan bersejarah tidak boleh dikompromikan.

“Kerajaan negeri perlu menjelaskan perobohan dan kelulusan yang telah diberikan. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemaju? Sekadar mengenakan denda yang tidak seberapa seperti mana dalam kes Bukit Botak (Relau) adalah tidak bermakna.

“Nampaknya tiada apa yang dibiarkan di Pulau Pinang, dari bukit ke laut dan kini bangunan warisan. Seolah-olah tiada had kepada perancangan dan kelulusan yang diberikan dan pemaju mendapat manfaat paling besar dalam arus pembangunan yang dikejari,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori