Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Amir Raja Lawak Resah...

Rupa-rupanya selain daripada Neelofa, ada beberapa artis lain yang turut dilanda kerungsingan apabila...

Anggota PPBM Bertanding Sebagai...

MUAR - Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding sebagai calon Bebas...

Produk Ditawarkan Kempen Penurunan...

ARAU - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis memastikan...

Agong Tinjau Banjir Di...

KUANTAN - Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap...

Kerajaan Negeri Harus Bantu Wujudkan Tapak Pasarnita

KUALA LUMPUR – Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta kerajaan negeri membantu mewujudkan lebih banyak tapak kekal Pasarnita di seluruh negara.

Beliau berkata langkah itu penting kerana ia dapat membantu usahawan kecil wanita memasarkan produk jualan mereka, sekaligus menjana pendapatan negara.

Selain kerajaan negeri, semua pasar raya besar di negara ini juga diminta memberi ruang kepada usahawan wanita untuk mempamerkan produk mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pasarnita di Plaza Sungei Wang di sini, hari ini.

Ketua Wanita UMNO itu berkata setakat ini, hanya tiga tapak kekal Pasarnita diwujudkan di Kuala Lumpur iaitu di Ampang dan Berjaya Times Square, serta di Terengganu, manakala sebuah lagi tapak kekal sedang dibangunkan di Lembah Klang dan akan dibuka tidak lama lagi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]adpaug4INH4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori