Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Imam Di Palembang Warisi...

SEORANG lelaki tidak menyangka tidak menyangka koleksi Al-Quran bersalut emas 18 karat yang merupakan...

Lima Pekerja Akhbar Capital...

SEKURANG-KURANGNYA lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar...

UMNO Tidak Pernah Ketepikan...

KUALA PILAH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca...

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh...

Kerajaan Tubuh Badan Khas Selaras Usaha Bantu Gelandangan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan sebuah badan khas bagi menyelaras semua aktiviti, program dan bantuan berkaitan gelandangan bagi memastikan tiada pertindihan fungsi dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, perkara itu putuskan pada satu sesi perjumpaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan gelandangan semalam.

“Koordinasi aktiviti, program dan bantuan yang lebih menyeluruh ini akan memastikan segala aktiviti, program dan bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan merangkumi aspek perlindungan, kesihatan, kemahiran, pendidikan dan kerohanian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rohani dalam pada itu menegaskan, kerajaan sentiasa memandang serius masalah gelandangan yang berlaku dan mengambil langkah sewajarnya dengan terus mengadakan Operasi Pengemis Inter Agensi.

“Saya ingin menyeru kepada orang ramai supaya bersama-sama dengan kementerian dan agensi kerajaan berkaitan dalam menangani isu gelandangan di negara ini,” katanya.


Terdahulu, Rohani memaklumkan, Operasi Pengemis Inter Agensi baru-baru ini berjaya menyelamatkan seramai 26 orang pengemis yang terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing.

Menurutnya. pengemis warga tempatan ditempatkan di institusi-institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut peruntukan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977.

“Manakala, pengemis bukan warga negara pula telah ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen di Bukit Jalil dan Semenyih oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]1m384GiEdCc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori