Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

3,545 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 3,545 kes penularan Covid-19 dalam...

Tempoh Berkempen Perkenal Logo...

PETALING JAYA - Tempoh berkempen 21 hari bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Pekan Nikmati Pembangunan Hasil...

PEKAN - Pekan yang juga dikenali sebagai Bandar Diraja, dahulunya hanyalah sebuah bandar...

Video: Polis Trafik Dilanggar...

BILA memandu, kita sering kali diingatkan agar mata sentiasa tertumpu pada jalan raya...

Kerbau Rasmi Pejabat Kesatuan Pelajar Di India

Kota (India) – Presiden kesatuan pelajar sebuah kolej perdagangan kerajaan mengadakan tunjuk perasaan simbolik dengan membawa seekor kerbau untuk merasmikan pejabat kesatuan itu.

Kerbau berkenaan diheret ke Kolej Perdagangan Kerajaan Kota dengan kad yang tertera perkataan bermakna ‘Pengetua’ digantungkan pada leher kerbau itu.

Tindakan itu dilakukan sebagai membantah pentadbiran kolej kerana melengahkan perasmian pejabat baru kesatuan.

Presiden kesatuan Prafful Pathak berkata, pihaknya bersetuju mengadakan tunjuk perasaan simbolik itu selepas sepakat berpendapat pentadbiran kolej berkenaan sama dengan kerbau.

Menurutnya, pihak pentadbiran tidak melayani permintaan kesatuan untuk mengadakan majlis perasmian pejabat baru kesatuan pelajar walaupun berulang kali digesa berbuat demikian.


Prafful berkata, walaupun jawatankuasa baru kesatuan sudah dipilih enam bulan lalu, pihak pentadbiran kolej masih belum mahu membenarkannya menjalankan tugas. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori