Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selepas Tarik Diri, Zayn...

SELEPAS mengumumkan pengundurannya daripada boyband One Direction (1D) Mac lalu, kali ini Zayn...

Bantuan Bulanan Am OKU...

SEREMBAN – Bantuan bulanan am terhadap seramai 2,490 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)...

Tak Perlu Cium Beg,...

SEBELUM ini, kecoh sebentar ruangan siber di Malaysia apabila seorang penumpang pesawat sebuah...

Tahap Kesejahteraan Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) menunjukkan tahap kesejahteraan atau psikologi penjawat...

Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Kes Guru Agama Dipukul Polis

ALOR SETAR – Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang guru agama yang mendakwa dipukul, ditumbuk dan digari dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung aduan itu serta sedang menunggu laporan perubatan daripada Hospital Sultanah Bahiyah berhubung kecederaan pengadu sebelum dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

BERKAITAN: Guru Agama Dakwa Kepala Berdarah Dipukul Polis

Insiden itu menyebabkan kepala Mohd Na’im Zakaria, 29, berdarah selain lebam di tangan akibat digari.

“Polis memandang serius dakwaan yang dibuat pengadu dan akan menyiasat secara telus dan terperinci mengikut undang-undang sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Kita telah mengambil tindakan segera dengan menyiasat aduan pengadu selain menjalankan siasatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap anggota polis yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengadu juga katanya telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada 12 Feb lalu untuk menjalankan proses kawad cam bagi mengenal pasti anggota polis yang terlibat, namun beliau tidak hadir dan dimaklumkan akan menjalankan kawad cam pada 17 Feb ini.

Beliau berkata kejadian pukul 9.45 malam Selasa lepas berlaku ketika pengadu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi melalui sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Gurun sebelum ditahan polis yang memintanya menunjukkan lesen memandu dan cukai jalan.


“Semasa pemeriksaan, berlaku perselisihan faham yang berpunca daripada pertanyaan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya itu berkaitan kuasa kuda (cc) motosikal yang ditunggang pengadu.

“Anggota polis itu mendapati terdapat kesalahan pada nombor pendaftaran motosikal pengadu dan saman telah dikeluarkan namun pengadu tidak mahu menandatanganinya serta melakukan provokasi,” katanya.

Zamri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Undang-Undang Kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori