Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Bertemu Srikanth...

GOLD COAST – Datuk Lee Chong Wei hari ini menempah tiket ke perlawanan...

4 Militan Bunuh Imam...

Moscow - Pasukan keselamatan Russia semalam membunuh empat militan Islam dikaitkan dengan pembunuhan...

PAS Berhati-Hati Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat tidak tunduk kepada desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Penyanyi Terkenal Kantoi Pegang...

BEIJING - Seorang penyanyi terkenal China ‘kantoi’ berpura-pura menyanyi dengan hanya menggerakan bibir...

Kes Pertama Virus Zika Di Rusia

MOSCOW – Sebuah agensi pemantau perlindungan pengguna, Rospotrebnadzor mengesahkan kes pertama virus Zika di Russia.

Wanita yang dijangkiti itu kembali ke Moscow selepas bercuti di Republik Dominica, dan dimasukkan ke hospital selepas demam dan mengalami ruam.

“Berikutan pengukuhan langkah awal pencegahan terhadap virus Zika di wilayah Russia, dan kesediaan institusi perubatan, wanita yang dijangkiti itu segera dibawa ke hospital untuk menjalani saringan demam Zika,” kata agensi itu semalam.

Tambahnya, ujian makmal menggunakan kit diagnosis domestik menunjukkan kehadiran virus Zika dalam cecair biologi pesakit.

Wanita yang dirahsiakan identitinya itu masih ditahan di wad pengasingan.

Keadaannya dilaporkan memuaskan dan akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat.


Virus yang dipercayai boleh menjejaskan janin disyaki menyebabkan microcephaly, satu keadaan di mana bayi baru lahir mempunyai kepala dan otak yang luar biasa kecil.

Di Brazil, lebih 4,300 kes yang disyaki dan disahkan mengalami kecacatan kelahiran disiasat untuk menentukan sifat bawaan nyamuk itu.

Setakat ini, penyelidik menemui bukti Zika dalam kurang daripada satu peratus kes. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori