Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Isteri Tak Cemburu, Lebih...

PUJANGGA pernah berkata di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita yang mendorong....

Lelaki Penang Mampu Susun...

BALIK PULAU - Seorang lelaki memiliki kemahiran luar biasa apabila mampu menyusun telur secara...

Berita Palsu Cemari Peristiwa...

KUALA LUMPUR - Tanggal keramat 9 Mei, 2018 adalah titik tolak berubahnya hala...

Najib Akan Bentang Pengubahsuaian...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada...

Kes Tuan Rumah Bunuh Pencuri, Ditangguh 22 Mac

KEMAMAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 22 Mac ini, kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan dua lelaki di kampung Labohan, Kerteh.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh tersebut sebagai sebutan kes setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Minhad untuk melengkapkan semua dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 27 Dis tahun lepas, Mohamad Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di kawasan rumah tidak bernombor, kampung Labohan, Kerteh, di sini pada pukul 10.30 pagi, 7 Dis lalu.

Tertuduh, yang mempunyai tiga orang anak, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh yang sama.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Mohamad Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Azizul Shariman Mat Yusoff. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori