Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ustazah Hilang Ditemui Sesat...

LEGA... Guru Sekolah Kebangsaan Genting di Balik Pulau, Pulau Pinang, Nur Farhana Ibrahim...

Lengan Jadi Hodoh Ditipu...

SEORANG pemuda berang apabila menerima lukisan tatu yang terlalu 'hodoh' di bahagian lengannya. Christopher...

TTAM Sasar Sederhana Sukan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak meletakkan sasaran tinggi pada...

Bekalan Air Masih Terkawal...

KUALA LUMPUR - Bekalan air masih dalam keadaan terkawal walaupun negara sedang berdepan...

Kilang Padi Pertama Milik PPN Perak Bakal Dibina Di Kerian

TAIPING – Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak akan membina sebuah kilang padi di daerah Kerian tidak lama lagi, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata geran bagi pembinaan kilang padi pertama di bawah PPN yang berharga RM10 juta itu diperuntukkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya Kerian dipilih kerana ia merupakan antara kawasan jelapang padi terbesar di Perak dengan keluasan 80,000 hektar.

“Pembukaan kilang itu juga akan membantu petani memasarkan hasil padi di situ dan sekali gus dapat menangani masalah orang tengah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata pihaknya kini sedang berunding dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) untuk menentukan kawasan sesuai bagi pembinaan kilang berkenaan.


Sementara itu, beliau berkata PPN juga akan mewujudkan Agro Bazar di Ipoh membabitkan dua lot kedai bagi membantu usahawan PPK memasarkan produk mereka.

“Pembukaan Agro Bazar itu bukan bertujuan bersaing dengan Agro Bazar yang diwujudkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]IeRvV8f9VZ8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • padi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori