SEBELUM ini ramai netizen mengecam dan mengkritik penampilan terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ yang tampil bermisai dan berjambang dalam keadaan beruban serta serabai.
Ada juga yang menghentam penampilan itu kerana merasakan KJ kelihatan begitu tidak terurus serta tidak melambangkan imej sebagai seorang menteri dan ahli politik yang disegani.
Namun begitu, ada netizen turut memberi reaksi positif sebagai tanda kematangan KJ yang tanpa disedari baharu sahaja menginjak usianya kepada genap 40 tahun pada 10 Januari lalu.
Sehubungan itu, seorang netizen yang hanya dikenali sebagai Abu Aqif tampil mempertahankan imej KJ yang dilihatnya dari sudut pandang agama.
Menulis: “Menteri Berjanggut. Ramai yang komplen KJ simpan janggut kerana kononnya serabai dan beruban. Tidak sesuai dengan jawatannya sebagai menteri dan pelbagai alasan lain.
“Komen saya, bukan saya nak bela dia. Cuma dalam hal janggut ini beliau benar.
“Sepatutnya bukan dia sahaja yang menyimpan janggut. Semua orang Islam wajib simpan janggut.
“Semoga KJ dapat istiqamah berjanggut, cuma kalau dapat nipiskan lagi misai tu lagi bagus. Tapi untuk permulaan, ini sudah terbaik.
“Memelihara janggut adalah PERINTAH Nabi, jika kata sayang Nabi maka ikutlah Nabi.
“Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
Ø£ÙŽØÂÙ’ÙÂÙÂوا الشَّوَارÙÂبَ وَأَعْÙÂÙÂوا اللّÙÂØÂÙŽÙ‰
“Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” [HR. Muslim no. 623]
“Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
خَالÙÂÙÂÙÂوا الْمÙÂشْرÙÂÙƒÙÂينَ Ø£ÙŽØÂÙ’ÙÂÙÂوا الشَّوَارÙÂبَ وَأَوْÙÂÙÂوا اللّÙÂØÂÙŽÙ‰
“Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut.” [HR. Muslim no. 625],” tulis pemuda tersebut. – MYNEWSHUB.CC