Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mangkuk Purba China RM11...

LONDON - Sebuah mangkuk China yang dibeli dengan harga £2 (RM11) di kedai...

Pertahan Zahid Benteng Terakhir...

KUMPULAN ‘opportunist’ luar dan dalam UMNO semakin galak menyerang Datuk Seri Dr. Ahmad...

5 Sebab Berita Palsu...

BERITA palsu yang ringkas, mudah dibaca, memenuhi nafsu dan sentimen pembaca, cepat menjentik...

Ribut Petir Di Utara...

ALOR SETAR - Keadaan ribut petir yang melanda di utara perairan Selat Melaka...

KM P. Pinang ‘Buang’ ADUN PKR Khianat Pakatan?

GEORGE TOWN – Bayangkanlah jika Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan drastik membuang mana-mana wakil rakyatnya yang didapati jelas tidak ‘sekepala’ dengan pucuk pimpinan parti dalam sesuatu isu amat sensitif.

Tentulah parti pemerintah Malaysia itu akan kena hentam dari kiri kanan depan belakang atas bawah oleh pihak pembangkang konon dakwa ia sebagai kejam, tidak adil, tiada demokratik dan segala macam tohmahan jahat.

Contoh mudah lihat sahajalah kes pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam rombakan Kabinet selain terbaharu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir daripada Menteri Besar Kedah.

Pembangkang melalui jentera siber mereka bekerja keras tanpa penat menghasut rakyat dengan mendakwa BN zalim terhadap wakilnya hanya kerana berjuang tidak sealiran dalam isu sensasi 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Namun memetik portal tempatan AgendaDaily, cerita kejam ini berlaku kepada wakil rakyat Pakatan Harapan yakni PKR yang menentang DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Nampak macam senyap sunyi tiada yang mahu atau berani berbunyi. Segala tentera maya propembangkang jadi tikus seolah-olah penakut yang amat sangat langsung tidak berani bercakap atas nama hak kebebasan bersuara!

Inilah terjadi ke atas dua ADUN PKR di Pulau Mutiara itu apabila telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri.

DUN Penang

Baca: Dana Israel RM1.2 Bilion – DAP Takut Saman Fitnah

Mereka berdua ialah ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dengan Chin Wen ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengarah dalam Penang Invest dan Island Golf Properties Berhad.

Kedua-dua GLC tersebut merupakan salah sebuah anak syarikat milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), manakala Kah Peng ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengarah dalam Perbadanan Bukit Bendera.


Tindakan ini gara-gara mereka mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi menentang usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan laut di Pulau Pinang sewaktu sidang DUN akhir November tahun lalu.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah mengesahkan hal berkenaan malah dengan tegas dilaporkan sebagai berkata bahawa jawatan itu dilantik di bawah syarikat GLC yang beliau sendiri menjadi pengerusinya.

“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian mungkir janji, bagaimana boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutama bila saya jadi pengerusi,” katanya.

Beliau dengan angkuh menjelaskan bahawa kedua-dua ADUN PKR itu menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong apa-apa usul UMNO.

Malangnya mereka berdua dilihat bertindak sebaliknya apabila usul dibentangkan oleh ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad dari UMNO pada November tahun lepas berhubung isu kontroversi penambakan laut.

“ADUN Bukit Tengah dan ADUN Kebun Bunga kemudiannya berani menikam kami dari belakang apabila mereka mengundi untuk berkecuali daripada mengundi menentang usul BN pada sidang DUN itu,” tegas Guan Eng.

Selain mereka berdua, kebetulan ada tiga lagi wakil lain PKR – Lee Khai Loon (Machang Bubok), T. Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti), yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul UMNO.

Namun ketiga-tiga wakil rakyat tersebut setakat ini masih lagi terselamat apabila tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak kerajaan DAP Pulau Pinang yang memerintah negeri itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori