Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dicekup Cuba Curi...

POLIS berjaya berkas seorang lelaki dipercayai menceroboh Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor...

Omicron: Harga Minyak Turun...

SINGAPURA : Harga minyak merosot kira-kira dua peratus pada Isnin berikutan peningkatan kes...

Victoria Kongsi Cerita Anak...

PEREKA fesyen yang berpangkalan di New York, Victoria Beckham berkongsi cerita anak perempuan...

Jurulatih Dari Australia Mahu...

KUALA LUMPUR - Penolong jurulatih baharu, Christian Brooker komited untuk memanfaatkan kepakaran dan...

Kolaborasi Kerabat Diraja Dengan Jovian Mandagie

“BAGAIKAN puteri, kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna…” terus terasa hendak menyanyi apabila melihat Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail ini.

Beliau merupakan puteri tunggal bagi pasangan pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia.

Kini penglibatan kerabat diraja negeri itu dengan rakyat jelata mendapat liputan meluas media massa.

Tunku Aminah kini mengorak satu lagi langkah apabila menceburi dunia fesyen bagi koleksi baju-baju kurung moden yang eksklusif dan terkini bersama pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Jovian Femme by Jovian Mandagie on Zalora 07
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie

Koleksi-koleksi tersebut diberi nama ‘TunkuTunAminahXJovian’ dengan hampir 10 pasang telah pun dilancarkan.

Penglibatan golongan kerabat diraja dalam dunia fesyen bersama pereka fesyen tanah air membuka lembaran baharu dan merancakkan lagi industri fesyen tempatan disamping mengeratkan hubungan raja dan rakyat.

Menurut Jovian menerusi Instagram miliknya, dia amat teruja dan tidak menyangka dapat berpeluang untuk bekerjsama dengan Tunku Aminah untuk menghasilkan koleksi ini.


Jom kita lihat foto-foto rekaan baju kurung moden yang dihasilkan oleh Tunku Aminah dan Jovian. ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’. – MYNEWSHUB.CC

12677640_470796953130922_107894278_n

12531100_837806739675357_937753204_n

12784058_1736691206545496_1118431417_n

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori