Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Soalan Interview Kerja ‘Non...

SESIAPA sahaja yang pernah menghadiri interview kerja pasti lali dengan soalan-soalan lazim yang...

Polis Buka KIP Siasat...

GEORGE TOWN - Polis membuka kertas inkuari polis (KIP) insiden pesawat Tentera Udara...

Tanah Runtuh: Laluan Ke...

HULU TERENGGANU: Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) ditutup sementara bagi proses...

PAS Panggil Husam Musa...

KUALA LUMPUR - PAS akan memanggil bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa...

Komando Didakwa Miliki Kemeja-T Ada Kaitan Pengganas Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang anggota komando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sehelai kemeja-T yang mempunyai simbol berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Tertuduh, Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 29, minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Hakim menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh yang berkhidmat di Kem Sungai Udang, Melaka, dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, pada kira-kira 1.30 tengah hari, 12 November tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, dan boleh dilucut hak bagi mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin manakala tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes dan M. Shangeeta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori