Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Bayi Hidap Pneumonia...

PEROKOK pasif membawa maksud seseorang itu yang tidak merokok tetapi secara langsung, dia...

MATTTA Gesa Ahli Boikot...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa ahlinya memboikot...

“Kecoh, Macamlah Saya Ni...

TINDAKAN pelakon ternama, Fauziah Ahmad Daud memuat naik gambar dengan berlatar belakang tanda...

Krisis Arab: Qatar Kehabisan...

DOHA - Penduduk ibu kota Qatar semalam, berpusu-pusu di pelbagai pasar raya besar akibat...

KPDNKK Akan Selesai Segera Isu Logo ‘Tiada Babi’

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyelesaikan isu penggunaan logo ‘tiada babi’ dan ‘tiada daging babi dan lemak babi’ secepat mungkin.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementerian itu akan memberi perhatian memperbetulkan definisi dan penggunaan istilah berkenaan.

“Saya akan pastikan untuk perbaiki dan meletakkan definisi dan penggunaan istilah yang khusus bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan syak wasangka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kementerian itu di sini Selasa.

Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan unit penguatkuasaan yang lain dalam menjalankan serbuan ke atas premis warga tempatan yang menyerahkan operasi kedai kepada pekerja asing.

“Kita nak tentukan lesen yang telah dikeluarkan digunakan dengan sebaik mungkin. Majikan tempatan dibenarkan mengambil warga asing bekerja di premis mereka tetapi mesti ada permit yang sah.


“Yang jadi masalah ialah apabila mereka mengambil pekerja asing tanpa permit atau tanpa permit yang sah,” tegasnya.

Seramai 96 orang menerima APC 2015 yang turut melibatkan tiga agensi di bawah kementerian itu iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]P1WqwPrRRmY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori