Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Tiada Sebab Hentikan Projek...

PUTRAJAYA - Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, berteraskan tiga matlamat...

Video Gelek Fasha Curi...

WALAWEHH... Gelek sakan nampaknya hot mama ni! Lenggok geleknya itu berjaya menarik banyak...

Insentif Bawa Pelancong Ke...

BAGAN DATUK — Pengendali dan penggiat industri pelancongan tempatan diminta supaya bergabung bagi...

Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN...

KOTA KINABALU - Pegawai kanan ASEAN memulakan mesyuarat di sini hari ini sebagai...

KPDNKK Terengganu Rekod 175 Kesalahan Perniagaan Sejak Jan

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Terengganu merekodkan 175 kesalahan perniagaan menerusi operasi yang dijalankan sejak 1 Jan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud berkata ia melibatkan pelbagai kes dengan nilai rampasan sebanyak RM54,069.58 dan jumlah kompaun bernilai RM25,400.

“Setakat 11 Feb lalu, kami melakukan pemeriksaan di 2,683 premis perniagaan di seluruh Terengganu. Pemeriksaan ini akan berterusan selaras dengan usaha kerajaan membantu pengguna dalam aktiviti jual beli harian mereka.

“Kami lakukan pemeriksaan di pelbagai jenis premis sama ada pusat borong atau jualan runcit, di bandar atau pedalaman. Kami akan lakukan pemeriksaan ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Daripada 175 kes itu, 103 kes dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, 46 kes (Akta Timbang dan Sukat 1972), 23 kes (Akta Perihal Dagangan 2011), dua kes (Akta Kawalan Bekalan 1961) dan satu kes (Akta Perlindungan Pengguna 1999).

Roslee berkata daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 64 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM34,915.66 dan jumlah kompaun bernilai RM9,150, diikuti Besut dengan 47 kes di mana nilai rampasan ialah RM351 dan jumlah kompaun RM5,700.


“Seterusnya, Dungun dengan 39 kes (nilai rampasan RM8,036 dan jumlah kompaun RM6,200) manakala Kemaman dengan 25 kes di mana nilai rampasan ialah RM10,766.92 dan jumlah kompaun RM4,350,” katanya.

Roslee berkata pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap setiap laporan yang diterima mengenai kesalahan peniaga.

“Dalam setiap operasi yang diadakan, kami sering nasihatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan supaya tidak dikenakan tindakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori