Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kos PRU Berasingan Dijangka...

JELI : Pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan akan menyebabkan...

PAN Saran PAS Cuma...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat menyarankan PAS...

Raja Muda Perlis Berbasikal...

PADANG BESAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengunjungi...

Jawatankuasa Royalti Kelantan Urus...

KOTA BHARU - Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan akan menguruskan hal-hal berkaitan tuntutan, pembayaran...

KTMB Tingkat Kekerapan ETS Tampung Permintaan Sempena CNY

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kekerapan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) daripada 32 kepada 39 perkhidmatan setiap hari bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peningkatan itu akan ditawarkan sehingga 14 Feb bagi memenuhi permintaan tinggi perkhidmatan ETS sempena musim perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

“Kebiasaannya 32 perkhidmatan ETS sehari tapi kami tingkatkan kepada 39 perkhidmatan untuk perayaan ini dan ia menunjukkan kami prihatin dengan keperluan pengguna.

“Perkhidmatan ini yang meliputi laluan ke Ipoh, Butterworth, Padang Besar dan Gemas akan memberi keselesaan dan lebih selamat kepada penumpang untuk pulang ke kampung halaman berbanding menggunakan kenderaan di jalan raya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mengedarkan pek cenderahati sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada penumpang ETS di KL Sentral di sini hari ini.

Liow berkata jika peningkatan itu menerima sambutan yang baik daripada pengguna, KTMB mungkin akan mengekalkan kekerapan itu untuk memberikan pilihan yang lebih banyak kepada orang ramai.

Menurutnya, perkhidmatan ETS dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna sebagai pilihan untuk ke destinasi masing-masing dan kerajaan menerusi KTMB akan terus berusaha memantapkannya.


Sementara itu, Presiden KTMB Datuk Sarbini Tijan dalam sidang media sama berkata, pihaknya turut menawarkan diskaun harga tiket 25 peratus dan 30 peratus kepada penumpang ETS sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Katanya, pemberian diskaun 25 peratus akan dinikmati penumpang yang mengambil perkhidmatan itu hari ini hingga Ahad bagi laluan Butterworth-KL Sentral serta pada 10 hingga 14 Feb bagi perjalanan KL Sentral-Butterworth.

“Pemberian diskaun 30 peratus pula diberi bagi tarikh bermula hari ini hingga 14 Feb, terhad kepada beberapa laluan Butterworth-KL Sentral, Bukit Mertajam-KL Sentral dan Nibong Tebal-KL Sentral,” katanya.

Katanya, pemberian diskaun itu adalah sebagai tanda penghargaan KTMB kepada para pengguna di atas sokongan berterusan mereka terhadap perkhimatan ETS. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rVSBgANEGnc[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori