Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

8 Rumah Flat Sri...

Kuala Lumpur : Lapan rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri...

2 Sahabat Dihukum Gantung...

KANGAR - Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Jangan Jadikan Tanah Runtuh...

KUALA NERUS - Orang ramai yang berkunjung ke pantai Mengambang Telipot disaran agar...

Gambar: Pemain JDT Bersama...

Majlis persandingan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik Khaleeda Bustaman yang baru...

‘Kunkush’ Kucing Pelarian Disatukan Dengan Pemiliknya

TANGGAL 19 Februari yang lalu menjadi detik bermakna bagi ‘Kucing Pelarian’ yang diberi nama Kunkush ini berjaya disatukan dengan tuannya, iaitu sebuah keluarga pelarian yang berasal dari Iraq di Norway.

TheDailyMail, melaporkan bahawa kucing tersebut melarikan diri sebaik sahaja keluarga terbabit tiba di Greece dari Turki dengan menaiki bot.

Picture14

Picture17

Kunkush melarikan diri sebaik sahaja ‘dia’ bersama pemiliknya tiba di pulau Lesbos bersama pelarian yang lain kerana panik pada awal November tahun lalu.

Sukarelawan dan penduduk tempatan gigih berusaha mencari kucing yang hilang tersebut. Ia dijumpai dan dibawa ke doktor haiwan untuk dijaga dan diberikan rawatan.

Mereka menamakan ia sebagai ‘Dias’ membawa maksud Zeus bersempena dewa mitos Greek.

Selama beberapa hari, ‘keluarga pelarian’ tersebut mencari Kunkush, namun mereka terpaksa bertolak ke Berlin tanpa kehadiran kucing kesayangan mereka itu.

Beberapa sukarelawan Amerika Syarikat, antaranya Ashley Anderson, Amy Shrodes dan Michelle Nhin turut melancarkan kempen untuk mencari keluarga Kunkush.

Bertebaran poster-poster dalam Bahasa Inggeris dan Arab diletakkan di Greece dan Jerman bagi menjejaki pemilik kucing tersebut, menurut laporan TheDailyMail.

Picture18


Menurut Anderson yang merupakan salah seorang daripada sukarelawan yang terlibat menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui atau mengenali pemilik Kunkush.

Malah mereka juga tidak mempunyai gambar keluarga pelarian tersebut, tetapi mereka mempunyai maklumat bagaimana ‘kucing pelarian’ itu tiba di Berlin melalui saksi-saksi yang pernah melihatnya.

Menurut Huffington Post, Kunkush kemudian diterbangkan ke Berlin dan ditempatkan di sebuah rumah ‘keluarga angkat’, sementara usaha mencari pemilik sebenarnya diteruskan dan dipergiatkan lagi.

Picture15

Picture16

Kecekalan dan kegigihan sukarelawan itu membuahkan hasil apabila keluarga Kunkush yang kini menetap di Norway kebetulan membaca artikel yang diterbitkan TheDailyMail berkaitan kucing kesayangan mereka itu.

Apabila keluarga itu dipertemukan semula dengan kucing ini, ternyata keluarga pelarian itu sangat merindui Kunkush sambil memeluk serta mencium kucing kesayangan mereka itu. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Imam Buka Pintu Masjid Demi Kucing Yang Kesejukan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori