Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ramai Ibu Bapa AS...

NAMA bayi perempuan paling popular setakat ini di Amerika Syarikat ialah Emma, Olivia...

Jho Low Tak Perlu...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak perlu...

Polis Tahan 5 Suspek...

NILAI - Polis sudah menahan lima individu berhubung kejadian sepasukan penguat kuasa Jabatan...

“4 Bulan Saya Digantung...

PELAKON dan penyanyi, Lufya Omar, terkilan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang...

Laporan 3 Kali Setahun Mengenai Struktur Bangunan Sekolah

PADANG TERAP – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memberi laporan tiga kali setahun mengenai keadaan struktur bangunan sekolah di daerah masing-masing, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata laporan empat bulan sekali itu merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) terbaharu bagi setiap PPD seperti yang diputuskan Kementerian Pendidikan.

“Saya telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD supaya mengambil serius mengenai perkara ini. PPD kena kenal pasti kes kritikal dan jika kejadian tidak diingini berulang, mereka perlu menjawabnya,” katanya kepada media setelah merasmikan Karnival Lubuk Merbau di Padang Awam Felda Lubuk Merbau di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan berkaitan seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka yang cedera akibat dihempap dinding papan bangunan sekolah akibat angin kencang semalam.

Mengenai kes melanggar undang-undang jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah, Mahdzir berkata beliau sudah mengarahkan pegawai kementerian bagi mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia bagi menangani masalah tersebut.


Katanya ia sekali gus membabitkan perbincangan mengenai pelajar yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya termasuk tidak mempunyai lesen motosikal atau tidak memakai topi keledar ke sekolah.

Beliau juga berkata sehingga kini tiada laporan diterima mengenai pembabitan pelajar dengan kumpulan militan Daesh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori