Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot...

10 Tahun Penjara Letak...

SYDNEY - Polis Australia mengakui belum tahu siapa yang meletakkan jarum menjahit dalam...

Dua Maut, Tiga Parah...

BENTONG: Perjalanan pulang ke kampung lima sekeluarga berakhir tragedi selepas dua orang daripada...

Fenomena Alam ‘Cincin Berapi’...

SHAH ALAM - Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia...

LATAR Edar 1,000 Touch ‘n Go Percuma

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan 1,000 kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM10,000 sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2016.

Kad Touch ‘n Go tersebut akan diedarkan kepada semua pengguna lorong tunai di semua plaza tol Lebuhraya LATAR bermula 8 Februari ini, pukul 6 pagi sehingga kehabisan stok.

Ketua Pegawai Operasi LATAR, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, edaran kad Touch ‘n Go percuma tersebut bertujuan menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik.

“Pelaksanaan sistem bayaran tol secara elektronik (tanpa tunai), sama ada melalui penggunaan Touch ‘n Go dan SmartTAG di Lebuhraya LATAR akan dilaksanakan pada Mac 2016” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, Ahmad Fuad berkata, pengedaran kad Touch ‘n Go percuma tersebut diharap dapat menggalakkan pengguna lebuh raya untuk menjadi pengguna yang lebih bijak dengan menggunakan kaedah pembayaran tol elektronik yang lebih mudah dan lancar.

Menurut beliau, LATAR turut menawarkan akses mudah dan perkhidmatan sedia ada iaitu perkhidmatan lorong tambah nilai 24 jam sehari di setiap plaza tol untuk pengguna lebuh raya menambah nilai kad Touch n’ Go pada bila-bila masa. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori