Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Tamatkan Operasi Padam...

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menamatkan operasi pemadaman kebakaran...

Pemenang Paralimpik 2016 Berangkat...

SEPANG - Empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil...

Tujuh Ladang Babi Disahkan...

MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit African Swine Fever (ASF) berlaku...

Malang! Tetamu Dilempang Pengantin

SEBUAH video yang menunjukkan seorang pengantin perempuan menampar seorang tetamu di majlis perkahwinannya...

Lawyers For Liberty Gembira Mahkamah Syariah Tiada Hak

KUALA LUMPUR – Pertubuhan guaman propembangkang, Lawyers for Liberty mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan hak penjagaan anak kepada pasangan suami isteri bukan Islam yang bercerai kerana salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam.

Koordinator Kempen dan Perundangannya, Melissa Sasidaran berkata, Lawyers for Liberty turut gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa adalah salah suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam memfailkan hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Syariah.

“Bagaimanapun, kami kecewa kerana Izwan Abdullah (N Viran) diberi hak jagaan anaknya yang paling kecil walaupun dia melarikan kanak-kanak itu daripada isterinya, S.Deepa dua hari selepas Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kedua-dua anak-anak kepadanya.

“Mahkamah Persekutuan seolah-olah memberi ganjaran kepada pesalah yang terang-terangan mengabaikan perintah Mahkamah Tinggi sekali gus memberi gambaran bahawa pesalah boleh menyalahgunakan proses undang-undang dan mendapat manfaat daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Melissa berkata, kes tersebut membuktikan bahawa penukaran agama kanak-kanak oleh ibu atau bapa mereka yang telah memeluk agama Islam tidak mengikut Perlembagaan Negara dan tidak mewakili kepentingan kanak-kanak berkenaan.

Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan Izwan diberi hak jagaan anak lelakinya, manakala bekas isterinya Deepa diberi jagaan anak perempuan mereka.


Keputusan dibuat berdasarkan hasrat anak- anak berkenaan.

Mahkamah tertinggi itu juga memutuskan perceraian dan jagaan dalam perkahwinan sivil patut diputuskan oleh mahkamah sivil.

Izwan yang juga seorang pemandu lori dan pekerja NGO berkahwin dengan Deepa menerusi amalan Hindu pada 2003.

Izwan menganut agama Islam pada 2011 selepas menceraikan isterinya dan menukarkan dua anak mereka kepada Islam dua tahun kemudian. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]Mgo-ZMIxGeU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori