Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Budak Mati Disyaki...

IPOH : Kertas siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan disyaki didera ibu dan bapa...

APMM Selamatkan 11 Pelancong...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu berjaya menyelamatkan 11...

KAFA Perlu Teliti Pemain...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) harus teliti dalam pemilihan pemain...

Gambar Swafoto Dalam FB...

GAMBAR swafoto yang dimuatnaik dalam Facebook telah membantu polis mengenalpasti pembunuh seorang remaja,...

Lebih 200 Penumpang Pesawat Rayani Air Terkandas

LANGKAWI – Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.

Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi ini tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.

Seorang daripada petugas di Pejabat Khidmat Pelanggan Rayani Air di sini memberitahu Bernama, tempoh untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu belum dapat dipastikan lagi.

“Saya difahamkan bahagian kejuruteraan (Rayani Air) masih menunggu alat ganti untuk membaiki kerosakan pesawat berkenaan,” kata petugas itu yang enggan mendedahkan namanya.


Menurutnya penumpang yang terjejas telah diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk kembali ke Kuala Lumpur ataupun tambang penerbangan mereka dikembalikan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Q_PomhDCxrw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori