PRESIDEN Colombia, Juan Manuel Santos mengesahkan 25,645 individu dikesan menghidap virus Zika di sana dengan 3,100 daripadanya adalah wanita hamil.
Virus yang dipercayai merebak menerusi pembiakan nyamuk itu baru-baru ini mencetuskan kebimbangan selepas tersebar secara meluas di Amerika Syarikat dan negara-negara di Amerika Selatan.
BACA: Pesakit Tak Pernah Ke Luar Negara, Virus Zika Dah Lama Di Indonesia?
Virus Zika dikenalpasti mampu menyerang pertumbuhan fetus dalam kandungan dan sehingga kini tiada sebarang vaksin dapat merawat penyakit tersebut.
Jumaat lalu, media di Colombia melaporkan seorang wanita telah mengalami keguguran disebabkan virus Zika dan bagi mengekang masalah tersebut kerajaan sana menasihatkan kaum wanita mengelak daripada mengandung dalam tempoh enam ke lapan bulan ini. – MYNEWSHUB.CC