Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahmad Dhani, Mulan Jameela...

PASANGAN selebriti terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela selamat menimang cahaya mata lelaki,...

Fail Permohonan Kebenaran Semakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan...

10 Remaja Didakwa Rogol...

TAIPING – Seramai 10 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari...

MCA Adakan EGM Ubah...

KUALA LUMPUR - MCA sudah bersedia untuk membuat perubahan besar terhadap sistem pengundian...

Lelaki Digelar Eagle Dad Kini Tubuh Pusat Latihan Musim Sejuk

Seorang lelaki dari China yang pernah menjadi terkenal kerana memaksa anak lelakinya berusia lima tahun berlari dengan hanya memakai seluar dalam ketika salji di New York, kini telah menubuhkan pusat latihan musim sejuk.

He Leisheng dari Nanjing, digelar sebagai `Eagle Dad’ atau Bapa Helang disebabkan oleh ketegasannya ketika melaksanakan proses pengajaran yang ketat kepada anaknya.

Bagaimanapun pendekatan berkenaan telah menjadikan He sebagai selebriti hinggakan ada ibu bapa yang membenarkan dia melatih anak mereka di dalam salji, dengan hanya memakai seluar, tanpa baju.

Anaknya itu, Yide, kini sudah berusia lapan tahun dan bapanya percaya pendekatan yang diambilnya itu berjaya menjadikan anaknya lebih kuat dari segi fizikal dan mental.

latihan1

Dan berdasarkan kepada jumlah pelatihnya itu, nampaknya ibu bapa yakin dengan pendekatan dan latihan yang diajar oleh He.

Jika budak lelaki hanya memakai seluar sahaja, budak perempuan pula dibenarkan memakai baju dan seluar.


Latihan yang diajarnya itu berbentuk senaman ala tentera dan dilakukan di dalam cuaca sejuk membeku selama sembilan minit.

He sebelum ini melaksanakan pendekatan yang ketat ke atas Yide, selepas anaknya dilahirkan tidak cukup bulan.

Malah doktor juga memberi amaran kelahiran tidak cukup bulan itu akan memberikan kesan kepada fizikal Yide.

Sejak itu, He telah mengatur latihan untuk mengajar Yide menjadi kuat termasuk berenang, hanya selepas 10 hari keluar dari dalam inkubator, serta mendaki bukit ketika berusia dua tahun.

Yide juga didaftarkan ke kelas tinju dan kung fu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori