KOTA BAHARU – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra di Lembah Sireh di sini, hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ali berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.47 pagi tadi dan tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami melakukan tinjauan sebelum melihat kepala mangsa timbul di permukaan sungai pada 7.20 pagi,” katanya.
Dua anggota bomba kemudian menarik mangsa ke darat.
Menurutnya tiada pengenalan diri mahupun maklumat ditemui pada mangsa, dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – BERNAMA