Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Altantuya: 30...

SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk...

Badan Bukan Islam Akan...

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya...

Lelaki Lepaskan Tembakan Di...

LONDON – Satu tembakan dilepaskan di luar masjid di timur London semasa solat...

Polis Belum Terima Notis...

KUALA LUMPUR - Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan mendesak...

Mahasiswa Ibarat Robot Tidak Bernyawa Tanpa Kuota Internet

KUALA LUMPUR – Mahasiswa ibarat robot tidak bernyawa jika tidak mendapat akses internet yang laju dan percuma di kampus, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Justeru, kata beliau, tindakan Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) membantah keputusan UM menghadkan akses kepada WiFi di kampus kepada 5GB mulai Mac 2016 adalah wajar.

“Tindakan yang cukup opresif terhadap enam mahasiswa hanya kerana menyuarakan had akses kepada capaian tanpa wayar (WiFi) di kampus membuktikan pihak pengurusan menganggap mahasiswa-mahasiswi selaku robot yang tidak bernyawa.

“Kuota internet bakal dikurangkan dan bayaran tambahan akan dikenakan untuk penggunaan WiFi di kampus. Internet adalah keperluan dan bukan hanya kemudahan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Media sebelum ini melaporkan seramai enam pelajar UM menerima notis berkaitan prosiding tatatertib dan diarahkan untuk hadir ke prosiding pada 15 Februari di universiti itu kerana membuat kenyataan media yang bertujuan memburuk-burukkan reputasi UM sebelum ini.

Sehubungan itu, kata Nurul Izzah, hak mendapatkan akses internet yang laju dan percuma adalah hak mahasiswa maka pihak UM perlu menarik balik tindakan ke atas pelajar terbabit. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]sjCkv6F_5U0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori