Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

iFingerLock : Mangga Dengan...

iPhone 6 dan Samsung Galaxy Alpha adalah dua peranti terkini yang mempunyai sistem...

“Anak-Anak Saudara Saya Bukan...

RENTETAN isu rumah tangga melibatkan vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya, Rozana Misbun membuatkan...

AirAsia Nafi Khabar Angin...

KUALA LUMPUR - AirAsia mengesahkan bahawa Penerbangan AK538 yang dijadual berlepas dari Kuala...

PAS Tak Terburu-Buru Sertai...

MARANG - PAS tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu...

Mahdzir, Adenan Bincang Isu Pendidikan Esok

KUCHING – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di sini esok bagi membincangkan beberapa isu berkaitan pendidikan di negeri ini.

Mahdzir berkata, antara isu yang akan dibicang adalah kedudukan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara, keadaan sekolah luar bandar dan penempatan lebih banyak guru tempatan untuk mengajar di Sarawak.

Beliau menyatakan perkara itu kepada media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Negara bagi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, Ahad.

Kira-kira 2,500 guru besar, pengetua dan pegawai pendidikan dari seluruh Sarawak menghadiri konvensyen itu, yang bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

Mahdzir berkata beliau bersetuju dengan cadangan Adenan agar bahasa Inggeris diberi lebih banyak keutamaan dalam sistem pendidikan negara, sambil mengekalkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

“Kami percaya, Adenan terdorong membuat kenyataan itu berikutan kefahaman mendalam beliau tentang keadaan di mana Sarawak mempunyai pelbagai kumpulan etnik serta kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia yang ditutur secara meluas dalam banyak bidang,” katanya.

Mengenai penempatan lebih banyak guru tempatan di negeri ini, Mahdzir berkata beberapa usaha telah dilaksanakan ke arah itu.

“Baru-baru ini, kami mengadakan temu duga dan mengambil 181 guru baharu.


Kami juga cuba mengambil lebih banyak dari pasaran terbuka mereka yang memiliki kelayakan diperlukan dan melalui pengambilan semasa bagi institut latihan perguruan,” katanya.

Awal bulan ini, Adenan dilaporkan berkata beliau ingin mengadakan perjumpaan dengan Mahdzir.

Mengenai keadaan banjir di Sarawak, beliau berkata sembilan sekolah didapati terjejas dan ditutup, manakala tiga digunakan sebagai pusat pemindahan.

“Kami akan serahkan kepada guru besar dan pegawai pendidikan daerah untuk menilai sama ada sekolah di kawasan masing-masing yang terjejas oleh banjir perlu ditutup demi keselamatan pelajar.

“Mereka berada di lapangan dan oleh itu amat maklum tentang keadaannya,” kata beliau.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori