Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasangan Ini Selamba Seks...

PASANGAN ini kantoi melakukan hubungan seks di tempat awam pada siang hari. Mereka dirakam...

Kebakaran Hutan California Cetus...

PARADISE - Kebakaran hutan dahsyat di California menyebabkan sesetengah komuniti diselubungi kabus hitam,...

Peminat Minta Shukri Yahaya...

ISTERI kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa tidak puas hati...

Banjir Peringatan Dari Allah...

KUALA LUMPUR - Rakyat Terengganu yang ditimpa musibah banjir wajar mengambil perkara itu...

Majoriti Rakyat Malaysia Percaya Dan Hormat BNM

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat Malaysia percaya dan hormat akan Bank Negara Malaysia, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz.

“Rakyat Malaysia berharap pada kami untuk mengekalkan kestabilan yang kita kecapi di negara kita dalam tempoh-tempoh yang mencabar ini.

“Malah kita tidak pernah menghadapi gangguan aliran kredit dan ini penting.

“Perniagaan tidak dinafikan kegiatan kredit seperti di tempat-tempat lain yang aliran kreditnya terganggu dan kecairan tidak disediakan secara memuaskan.

“Saya sentiasa mengusahakan ke arah pengukuhan kekuatan keupayaan dan daya tahan bank pusat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Asia School of Business dengan kerjasama MIT Sloan School of Management, di sini hari ini.


Zeti berkata pasaran kini secara amnya dalam keadaan ‘teratur’.

“Kita melihat penyusutan rizab namun rizab kini stabil. Pada satu ketika kita membangunkan semula kedudukan rizab.

“Itulah cara kita beroperasi,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7p-0ziJKdWU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori