Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cari Aktiviti Manfaatkan Luar...

SEREMBAN - Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di...

Polis Nafi Berlaku Kacau...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berita kononnya akan berlaku kacau-bilau perkauman pada Sabtu...

Nooh Gadut Nyaris Jadi...

JOHOR BAHRU - Jangan terkejut, bekas mufti Johor, Datuk Dr. Nooh Gadut bukan...

Bekalan Ikan Di Pasaran...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery...

Malaysia Sekat Salad Import Dari Australia

KUALA LUMPUR – Produk salad dari Australia yang dilaporkan dicemari bakteria Salmonella tidak dieksport ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata produk berkenaan hanya dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Thailand.

“Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan (Infosan), Jabatan Pertanian dan Sumber Air Australia mengenal pasti konsainan produk terbabit yang dieksport ke negara berkaitan dan mengambil tindakan kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salmonella adalah sejenis bakteria yang boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami cirit-birit, demam dan sakit perut, selain menyebabkan loya, muntah, sakit kepala serta sakit otot.

Sebelum ini, laman sesawang Piawaian Makanan Australia New Zealand (FSANZ) pada 5 Feb, menyiarkan penarikan balik kumpulan tertentu salad prabungkus jenama Wash N Toss, Woolworths, Coles, Supa Salad dan Clear Film keluaran Tripod Farmers, Australia bertarikh luput sehingga 14 Feb 2016 kerana dicemari bakteria Salmonella.

Dr Noor Hisham berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import terhadap produk salad Australia mulai semalam.


“Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu berhubung keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

Sekiranya pengguna masih ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, beliau menasihatkan mereka membuat laporan kepada kementerian melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Selain itu, katanya pengguna juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p57GO1fac1Q[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • salad

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori