Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina...

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana...

Jangan Guna Pusat Internet...

JELI - Rakyat perlu memanfaatkan sepenuhnya kewujudan 600 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang...

Perlombongan Bauksit Di Felda...

PORT DICKSON - Felda akan berbincang dengan kerajaan negeri Pahang mengenai kegiatan perlombongan...

PKBM Tawar Guaman Percuma...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan menawarkan khidmat guaman percuma...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat 2,869 Pagi Ini

KUCHING – Hujan lebat sekali-sekala di beberapa tempat sekitar sini sepanjang malam tadi mengakibatkan keadaan banjir sejak semalam berlarutan dan sehingga pagi ini, jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan melonjak kepada 2,869 orang, berbanding 486 malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sebanyak 22 pusat pemindahan banjir dibuka pagi ini bagi menempatkan 2,869 mangsa daripada 779 keluarga itu.

Beliau berkata selain beberapa tempat di bahagian Kuching dan Serian, pagi ini turut menyaksikan satu lagi tempat di bahagian Samarahan terjejas akibat banjir.

Katanya setakat ini, lapan pusat pemindahan dibuka di kawasan sekitar daerah Kuching dan sembilan di daerah Bau, manakala dua di daerah Serian dan satu di Padawan.


Beliau yang dihubungi pagi ini memberitahu di bahagian Samarahan pula, dua pusat pemindahan banjir dibuka termasuk satu di Masjid Darul Ibadah, yang terletak di daerah Kota Samarahan, dan menempatkan 68 mangsa daripada 13 keluarga.

Menurutnya di kebanyakan tempat, air sungai kekal tinggi sebagaimana semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori